Akibat pandemik covid 19, sekolah menjadi salah satu tempat penyebaran wabak tersebut. Memandang serius perkara ini, suatu langkah drastik telah diambil oleh kerajaan Malaysia dengan menutup semua institusi pendidikan demi mencegah penularan wabak tersebut. Kerajaan Malaysia telah menguatkuasakan PKP yang bermula dari 18 Mac hingga 31 Mac 2020 bagi PKP Fasa 1, PKP Fasa 2 bermula dari 1 hingga 14 April 2020, dilanjutkan ke PKP Fasa 3 bermula dari 15 hingga 28 April dan seterusnya PKP Fasa 4 bermula dari 29 April hingga 12 Mei.
Tahukan anda pelbagai cabaran terpaksa dihadapi oleh tenaga pengajar dan juga pelajar. Pendidikan secara maya telah menyebabkan ramai pelajar yang ketinggalan pelajaran akibat menghadapi masalah rangkaian internet, ketiadaan peranti dan persekitaran rumah yang tidak kondusif. Pelajar menghadapi pelbagai tekanan dan menyebabkan mereka gagal menumpukan perhatian semasa kelas berlangsung. Begitu juga dengan guru, ramai pelajar yang tidak pedulikan kelas mereka menyebabkan guru-guru berasa kecewa terhadap tindakan pelajar ini.
0 Comments
Dasar Pendidikan Negara menekankan mengenai setiap rakyat berhak untuk mendapatkan pendidikan. Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut memperkenalkan program khusus kepada kumpulan pelajar OKU menjalani PdPR. Pelaksanaan dasar dan program pendidikan khas ini termaktub dalam Akta Pendidikan 1996 dan Akta OKU 2008. Melaluinya, murid OKU dapat memperoleh pendidikan sama rata dengan pelajar arus perdana. Bagaimanapun, kurikulum, kaedah dan teknik pengajaran serta pembelajaran memerlukan pengubahsuaian. Sebenarnya, penyampaian kurikulum akan lebih berkesan sekiranya guru pendidikan khas berjaya menggunakan bahan pengajaran interaktif mengikut keupayaan dan keperluan yang berbeza. Perbezaan itu terjadi disebabkan kategori keperluan khas atau keadaan dialami pelajar berkeperluan khas tidak sama, malah penerimaan mereka terhadap topik diajar juga berbeza mengikut tiga aras keupayaan kognitif, afektif dan psikomotor iaitu rendah, sederhana dan tinggi. Dalam memastikan penyampaian PdPR yang berkesan kepada pelajar pendidikan khas, guru mestilah menggunakan teknik dan gaya belajar berkonsepkan Visual, Auditori dan Kinestetik (VAK) yang membabitkan gaya belajar menggunakan deria penglihatan (visual), mendengar (auditori) dan gerakan (kinestetik). Kaedah Gaya Belajar VAK 1. Kaedah gaya belajar secara visual dapat diaplikasi menggunakan media interaktif yang menarik melalui huruf, saiz teks, font warna, imej dan grafik. 2. Gaya pembelajaran secara auditori pula memerlukan bahan bantu mengajar yang menggabungkan imej dan suara jelas supaya maklumat yang diterima oleh murid khas dapat difahami serta diingati dalam jangka panjang. 3. Gaya belajar kinestatik memerlukan murid khas melaksanakan secara langsung (hands-on), kebiasaannya guru khas melaksanakan pengajaran dalam mata pra vokasional iaitu masakan, jahitan dan pertanian. Gabungan gaya belajar menggunakan VAK berjaya dilaksana semasa PdPR kepada murid kategori austime, down syndrome, lembam dan hyperaktif melalui penggunaan rakaman video dan pautan di Youtube. Pada masa yang sama penilaian hasil pembelajaran turut menggunakan 'google form' dan aplikasi pembelajaran, wordwall. Sementara itu, bagi kategori pelajar berkeperluan khas Kurang Upaya Penglihatan dan Kurang Upaya Pendengaran, tidak begitu sukar mengajar mereka kerana silibus diguna pakai adalah sama dengan pelajar arus perdana dengan bantuan berasaskan teknologi serta bantuan modul mata pelajaran. Cuma cabaran besar dihadapi guru pendidikan khas adalah ketika mendidik pelajar yang berdepan masalah pembelajaran, seperti autisme, disleksia, lembam, sindrom down, kurang upaya intelektual, spastik, hiperaktif serta gangguan mental. Bagaimanapun, berbekalkan kemahiran dan pengalaman mengajar dimiliki mereka, guru pendidikan khas tahu membezakan teknik paling sesuai diadaptasikan mengikut kategori permasalahan pelajar ketika PdPR. Berikut adalah beberapa kaedah yang digunakan; 1. Jika pelajar itu berkeupayaan mendengar, seperti masalah penglihatan guru akan menggunakan aplikasi Google Classroom untuk mengajar serta memberi arahan. 2. Bagi pelajar kurang upaya penglihatan, PdPR dikendalikan menggunakan perisian Job Access With Speech (JAWS) untuk membolehkan mereka menulis dan membaca perkongsian diberikan guru dalam tulisan Braille, malah mencetak bahan menggunakan mesin khas. 3. Jika membabitkan pelajar kurang upaya pendengaran, guru perlu menggunakan teknik pengajaran visual, seperti video dengan medium komunikasinya adalah Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) ataupun Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM). 4. Pengendalian PdPR bersama pelajar autisme memerlukan guru memberikan arahan pendek, ringkas dan padat melalui video kerana mereka ini mengalami masalah pemahaman juga tumpuan yang terhad. 5. Bagi pelajar disleksia yang mempunyai masalah membaca pula, guru mendekati mereka melalui kaedah 'multisensory' iaitu bertujuan meningkatkan kemahiran komunikasi, pendengaran dan penulisan untuk memastikan tunjuk ajar diberi mampu dikuasai. Kaedah multisensory ini juga sesuai untuk kanak-kanak lembam, sindrom down, kurang upaya intelektual, spastik, hiperaktif serta gangguan mental. Pengajaran yang berbentuk terapi juga boleh dilaksanakan melalui PdPR contohnya terapi pertuturan melalui aktiviti latihan pertuturan menggunakan multimedia yang interaktif. Selain itu, PdPR membabitkan pelajar pendidikan khas ini perlu dilaksanakan secara interaktif dan pelbagai cara, seperti menggunakan video, gambar, saiz teks, reka bentuk skrin, warna, muzik dan permainan menarik supaya mereka tidak cepat bosan. Walaupun dalam setiap kelas pendidikan khas hanya ada lima hingga lapan pelajar, tetapi masalah mereka berbeza, justeru bagi memastikan penyampaian PdPR mampu dikendalikan dengan berkesan, ibu bapa harus memberikan sokongan penuh dengan membantu anak mengikuti proses belajar, terutama apabila membabitkan pelajar berkeperluan bermasalah pembelajaran berkefungsian rendah aras rendah. Satu hal yang boleh dikongsikan, dalam memastikan kaedah secara dalam talian lebih berkesan, KPM diharap dapat memberikan kursus dalam tempoh terdekat kepada guru pendidikan khas berhubung penyediaan bahan bantu mengajar berbentuk pelbagai media selari dengan IR 4.0 dalam masa yang sama memperkasakan pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif ini dicapai sebaik mungkin supaya dirasai oleh warga pendidik di Malaysia. Ketika ini guru mengajar dengan menggunakan bahan yang mereka ubah suai dari kurikulum untuk disesuaikan dengan diri setiap murid, jadi sudah tiba masa mereka diberikan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi serta penyediaan bahan lebih interaktif serta menggunakan aplikasi mudah alih yang terkini. Hal ini dapat membantu melancarkan PdPR sama ada daripada pihak guru atau murid. Teori Perkembangan Psikososial EriksonPERINGKAT/USIA PERKEMBANGAN
PENGARUH PENTING Berdaya Tindak lwn Rasa Bersalah ( 2 atau 3 tahun-6 tahun) -Pembentukan kesedaran kendiri melalui identifikasi dengan ibu bapa dan kesedaran tentang tanggungjawab atas tindakan sendiri. -Kecekapan yang diperlukan ialah pembentukan kesedaran tentang daya usaha dan daya tinda.Namun demikian,masih wujud keinginan untuk mengekalkan keselesaan dan keselamatan yang diperoleh dengan menerima kawalan dan tanggungjawab daripada orang dewasa. -Ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan -Identifikasi 4. Rajin lwn Rendah Diri (6-11 tahun) -Pembentukan nilai kendiri yang kuat melalui interaksi dengan rakan sebaya. Sekolah dan guru -Pendidikan dan pembelajaran -Galakan Perkembangan yang dinyatakan di sini hanya merangkumi kanak-kanak pertengahan & kanak-kanak akhir. KONSEP TEORI PERSAHABATAN Robert Selman mengemukakan bahawa dalam perhubungan persahabatan kanak-kanak terdapat 3 tahap iaitu Tahap Pertama berlaku semasa kanak-kanak pra sekolah di mana sahabat dianggap sebagai kawan sepermainan sahaja. Biasanya sahabat yang menjadi teman adalah kawan yang tinggal berdekatan dengan rumah kanak-kanak tersebut. Pada tahap ini, persahabatn dieratkan lagi dengan perkongsian alat permainan dan kanak-kanak pada tahap ini tidak mementingkan nilai persahabatan. Tahap Kedua pula karakteristik pada permulaan persekolahan. Selman mengelarkan tahap ini sebagai “one way assistance”. Tahap ini berlaku kepada kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan 8 hingga 10 tahun. Kawan adalah sahabat setia yang boleh dipercayai dan diharap untuk membantu mereka pada bila-bila masa. Tahap Ketiga merupakan tahap yang membolehkan kanak-kanak akhir dan remaja awal mempunyai persahabatan yang dikenali oleh Selman sebagai “intimate and mutually shared relationship”. Pada tahap ini, kanak-kanak sudah meningkat remaja dan persahabatan yang dijalinkan lebih mendalam dan nilai persahabatan sudah mula difahami. Kepentingan persahabatan dalam perkembangan psikologi kanak-kanak dapat dilihat melalui 2 fungsi persahabatan iaitu Fungsi 1 ialah : PENEGUH KEPADA TINGKAH LAKU KANAK-KANAK. Sahabat dapat memberikan sokongan dan juga sahabat boleh menerima segala kebaikan dan keburukan diri kita. Fungsi yang ke 2 ialah MODEL SOSIAL KEPADA KANAK-KANAK. Kanak-kanak juga akan bertindak untuk melakukan tingkah laku yang juga dilakukan oleh sahabat mereka. Tingkah laku meniru model ini adalah boleh mendatangkan kesan yang positif dan juga negative kepada kanak-kanak. Disebabkan itulah, ibubapa berperanan untuk memastikan kanak-kanak berada dalam perkembangan sosial yang sihat. Menurut Sullivan, kanak-kanak juga akan mempunyai kawan rapat (chumship ) yang mana perhubungan ini membantu kanak-kanak daripada perasaan egosentrik. Sullivan berpandangan, mempunyai kawan rapat membolehkan kanak-kanak belajar untuk melihat sesuatu perkara daripada pandangan yang lain untuk memberikan kesan kepada kanak-kanak tersebut di mana kanak-kanak akan menanamkan sikap menitiberatkan perasaan orang lain. Banyak pendapat yang menyatakan bahawa persahabatan kanak-kanak sangat penting. Kawan-kawan membuktikan hubungan yang dijalinkan sesama mereka ( kalangan kanak-kanak ) di mana kawan yang bersedia untuk bermain dan sama-sama melibatkan diri dalam apa jua aktiviti. Antara cara membantu kanak-kanak rasa hebat tentang dirinya ialah memperlihatkan kasih sayang dengan cara memuji atas usaha yang dilakukan oleh kanak-kanak tersebut. Selain itu, keluarga boleh meluangkan masa bersama dengan cara melakukannya bersama-sama contohnya membaca buku atau pergi berjalan. Selain itu, menggalakkan anak-anak membincangkan apa yang dilakukannya di sekolah. Selain itu, kanak-kanak juga boleh diberikan tanggungjawab mengikut kemampuan kanak-kanak. Dalam pada itu, ibubapa juga perlulah memperihalkan tingkah laku yang baik dan sebaliknya. Islam sangat menjaga pergaulan antara lelaki dan wanita. Kanak-kanak harus didedahkan lebih awal mengenai hal ini sejak di peringkat tamyiz (peringkat sebelum baligh) lagi. Antara aspek yang sering ditekankan dalam ajaran Islam ialah adab memandang muhrim dan bukan muhrim. Aspek kedua yang harus dijelaskan kepada kanak-kanak ialah aspek penjagaan aurat. Batas-batas aurat lelaki dan perempuan mestilah diajari sejak awal lagi supaya apabila tiba usia baligh mudah untuk melenturkan anak-anak ini. Keibubapaan AutoritarianKonsep keibubapaan autoritan ini mempercayai bahawa anak-anak harus mengikut peraturan tanpa terkecuali. Gaya keibubapaan ini tidak memberikan peluang kepada anak untuk mengutarakan pendapat. Mereka juga sering mengenakan hukuman terhadap kesalaha[ yang dilakukan oleh anak-anak. Tampaknya gaya keibubapa autoritarian ini merupakan ibu bapa yang garang dan kurang menunjukan rasa kasih sayang kepada anak-anak mereka. Keadaan ini boleh menyebabkan anak-anak menjadi agresif. Keibubapaan BerwibawaGaya keibubapaan berwibawa ini cenderung kepada mencipta dan mengekalkan hubungan positif dengan anak, memberi penerangan terhadap peraturan dan menguatkuasakan peratuan dengan memberi kesan tetapi tetap mengambil kira perhatian anak mereka. Ibu bapa berwibawa melaburkan masa dan tenagara mereka untuk mencegah masalah tigkah laku anak-anak. Mereka juga menggunakan stretegi disimplin positif untuk mengukuhkan tingkah laku yang baik, seperti pujian dan ganjaran. Kesan kepada kanak-kanak, mereka akan lebih cenderung gembira dan berjaya. Keibubapaa PermisifAdakah mana-mana pernyataan ini berbunyi seperti anda?
Ibu bapa yang bertaqwa adalah lemah lembut. Mereka sering melangkah ketika ada masalah yang serius. Mereka agak memaafkan dan mereka mengamalkan sikap "anak-anak akan menjadi anak-anak." Apabila mereka menggunakan akibatnya, mereka mungkin tidak membuat kesan itu tetap berlaku. Mereka mungkin memberi keistimewaan kembali jika kanak-kanak memohon atau mereka boleh membenarkan kanak-kanak untuk keluar dari masa yang lebih awal jika dia berjanji untuk menjadi baik. Ibubapa yang permisif biasanya mengambil lebih banyak peranan kawan daripada peranan ibu bapa. Mereka sering menggalakkan anak-anak mereka untuk bercakap dengan mereka tentang masalah mereka, tetapi mereka biasanya tidak berusaha keras untuk mengecewakan pilihan yang buruk atau kelakuan buruk. Kanak-kanak yang membesar dengan orang tua yang berminat lebih cenderung untuk berjuang secara akademik. Mereka mungkin menunjukkan lebih banyak masalah tingkah laku kerana mereka tidak menghargai kuasa dan peraturan. Mereka sering mempunyai harga diri yang rendah dan mungkin melaporkan banyak kesedihan. Keibuabapaan Yang Tidak BerhasilAdakah mana-mana pernyataan ini akrab?
Terdapat cenderung sedikit peraturan. Kanak-kanak mungkin tidak menerima banyak bimbingan, memupuk, dan perhatian ibu bapa. Ibu bapa yang tidak terlibat mengharapkan anak-anak membesar. Mereka tidak menumpukan banyak masa atau tenaga dalam memenuhi keperluan asas kanak-kanak. Orang tua yang tidak terlibat boleh mengabaikannya tetapi ia tidak sengaja disengajakan. Sebagai ibu bapa dengan masalah kesihatan mental atau masalah penyalahgunaan zat, misalnya, mungkin tidak dapat menjaga keperluan fizikal atau emosi anak secara konsisten. Pada masa yang lain, ibu bapa yang tidak terlibat tidak mempunyai pengetahuan mengenai perkembangan kanak-kanak. Dan kadang-kadang, mereka hanya dibanjiri masalah lain, seperti kerja, membayar bil, dan menguruskan rumah tangga. Kanak-kanak dengan ibu bapa yang tidak terlibat mungkin akan menghadapi masalah harga diri. Mereka cenderung untuk melakukan kurang baik di sekolah. Mereka juga menunjukkan masalah tinkah laku yang kerap dan berpuas hati dengan kebahagiaan. The Function of EmotionModern theories emphasize the functional value of emotion. That is, according to the functional approach, emotions are useful because they help people adapt to their environment (Boiger & Mesquita, 2012). Emotion such as fear, happiness, and disgust are valuable because they help people adapt, that is, by keeping them away from danger and strengthening social relationship. Experiencing and Expressing EmotionsBasic emotions, which include joy, anger and fear, emerge in the first year. Firs year appears in infancy as stranger wariness. Self-conscious emotions have an evaluation component and include guilt, embarrassment, and pride. They appear between 18 and 24 months and require more sophisticated cognitive skills than basic emotions such as happiness and fear. Cultures differ in the rules for expressing emotions and the situations that elicit particular emotions. Recognizing and Using Others' EmotionsBy 6 months, infants have begun to recognize the emotions associated with different facial expressions. They use this information to help them evaluate unfamiliar situations. Beyond infancy, children understand the causes and consequences of different emotions, that people can feel multiple emotions, that people can feel multiple emotions simultaneously, and the rules for displaying emotions appropriately. Regulating EmotionsInfants use simple strategies to regulate emotion such as fear. As children grow, they become better skilled at regulating their emotions. Children who do not regulate emotions well tend to gave problems interacting with others. DefinisiKemahiran kognitif merupakan kebolehan individu untuk berfkir, memberi pendapat, memahami, mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-maing. Ia melibatkan aktiviti mental seperti ingatan, mengkategori, merancang, menaakul, menyelesaikan masalah, mencipta, berimaginasi dan lain-lain. Dalam buku 'Panduan Kognitif Kanak-kanak Prasekolah' oleh Prof. Madya Dr Rohani Bin Abdullah (2003) menyetakan bahawa kognitif merujuk kepada intelek atau pemikiran individu. Teori Jean PiagetMenurut Jean Piaget, kanak=kanak akan melalui peringkat-peringkat perkembangan yang sama tetapi pada usia yang berbeza-bea. Beliau berpendapay persekitaran tidak membentuk kognitif kanak-kanak, sebaliknya kanak-kanak lah yang membina persekitrannya. Keaan ini berlaku melalui proses penerokaan, manipulasi dan menilai persekitaran fizikalnya. Jean Piaget telah memperkenalkan empat konsep utama untuk memberi penerangan dengan lebih lanjut berkenaan skema, penyerapan, pengubahsuaian dan kesimbangan. KONSEP ASAS TEORI JEAN PIAGET
Tahap Perkembangan Kognitif Jean Piaget
Masalah pendengaran merupakan sesuatu kecacatan saraf yang paling kerap berlaku di dalam suatu populasi manusia. Masalah pendengaran atau pekak diklasifikasikan sebagai kekurangan pancaindera yang menghalang seseorang itu daripada menerima sebarang bentuk rangsangan bunyi dalam semua keadaan atau sesetengan keadaan (Katz, Mathins dan Merrill 1978). Secara amnya terdapat empat jenis klasifikasi masalah pendengaran iaitu pekak konduksi, pekak sensorineural, pekak bercampur dan pekak pusat. Jenis Masalah Pendengaran
- Biasanya memberi kesan yang sama kepada semua gelombang bunyi dan tidak teruk.
- Bunyi yang diterima menjadi berubah kerana gelombang menjadi tidak sama rata walaupun dengan penggunaan alat bantuan pendengaran.
Klasikasi Tahap Kurang PendengaranKurang (25–40) Sukar mendengar dikawasan bising Sederhana (41–60) Sukar mendengar bisikan Teruk (61–80) Sukar memahami suara yang kuat Sangat teruk (>81) Tidak memahami suara yang kuat atau menjerit Masalah penglihatan merujuk kepada suatu keadan yang melibatkan kefungsian deria penglihatan. Berdasarkan penelitian, secara umumnya masalah penglihatan dikategorikan kepada dua iaitu buta dan rabun (berpenglihatan terhad). Definisi Masalah PenglihatanDari segi pendidikan, masalah penglihatan bermaksud sekumpulan kanak-kanak yang memerlukan perkhidmatan pendidikan khas kerana masalah penglihatan. Oleh itu, suatu reka bentuk pengajaran yang bersesuaian mengikut keperluan kanak-kanak ini perlu dioptimumkan bagi proses penyampaian ilmu kepada kanak-kanak ini. Kanak-kanak ini memerlukan kurikulum yang khusus dan kaedah pengajaran yang sesuai mengikut tahap keupayaan mereka. Tahap PenglihatanMenurut World Health Organization (WHO) seseorang yang dianggap mengalami kecacatan penglihatan apabila peglihatan mata yang lebih baik kurang daripada 3/60 setelah dibetulkan dengan sebarang alat yang terdapat pada masa kini seperti cermin mata dan sebagainya serta tahap medan penglihatan kurang dari 10 darjah pada kedua-dua belah mata.
Samuel Kirk (1963) mendefinisikan masalah pembelajaran sebagai kelewatan perkembangan dalam satu atau lebih daripada proses pertuturan, pembacaan, penulisan, pengiraan, atau mata pelajaran sekolah yang lain. Ianya bukanlah disebabkan oleh kerencatan mental, malasah sensori iaitu buta atau pekak atau faktor budaya dan persekitaran. Tetapi ianya lebih menjurus kepada masalah dalam perkembangan yang mengakibatkan kesukaran mendengar, bertutur, menulis, membuat keputusan atau menyelesaikan masalah matematik. Jawatankuasa Bersama Kebangsaan Bermasalah Pembelajaran (The National Joint Committee on Learning Disabilities,1988) merupakan sebuah organisasi professional yang mentakrifkan masalah pembelajaran dengan merujuk kepada satu kumpulan masalah yang pelbagai yang mengakibatkan kesukaran yang nyata dalam mendengar, bertutur, membaca, menulis, membuat keputusan atau menyelesaikan masalah matematik. Masalah ini berpunca daripada ketidakfungsian sistem saraf pusat, dan boleh berlaku pada bila-bila masa tanpa mengira tahap umur. Masalah mengawal tingkah laku, persepso dan interaksi sosial mungkin wujud seiiring dengan ketidakupayaan lain seperti masalah sensori, kerencatan mental atau gangguan emosi yang serius. Kementerian Pendidikan Malaysia (1995) memberi takrifan tentang masalah pembelajaran iaitu individu bermasalah pembelajaran sebagai pelajar yang telah dikenal pasti dan disahkan oleh pakar professional sebagai mengalami kekurangan yang mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka terdiri daripada kanak-kanak yang mempunyai keupayaan mental yang rendah dengan pengubahsuaian tingkah laku yang rendah. Masalah yang dialami dikategorikan mengikut tahap kefungsian berikut: - Kebolehan kognitif - Tingkah laku sosial - Penguasaan bahasa lisan dan pertuturan - Penguasaan membaca - Kemahiran matematik Apakah yang dimaksudkan dengan Pendidikan Khas? Pendidikan Khas merupakan satu program pengajaran yang direka bentuk khusus buat individu berkeperluan khas. Tujuan utama adalah untuk memberikan pendidikan yang setara buat golongan berkeperluan khas. Memetik matlamat The United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) yang berjuang dalam memastikan semua rakyat di seluruh dunia mendapat hak pendidikan. Oleh itu, individu berkperluan khas tidak diketepikan dalam mendapatkan peluang pendidikan. Definisi Pendidikan Khas. Menurut Hallahan & Kaufman (2000), Pendidiakan Khas ialah pengajaran yang direka bentuk untuk memenuhi keperluan istimewa kanak-kanak berkeperluan khas. Mansor (200) menjelaskan bahawa program Pendidikan Khas di Malaysia merupakan satu usaha yang berterusan untuk menggalakkan perkembangan optima seseorang sebagai seorang yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Oleh hal yang demikian jelaslah bahawa, Pendidikan Khas merupakan satu program pengajaran dan pembelajaran yang direka khsus bagi memenuhi keperluan perkembangan individu berkeperluan khas sejajar dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara. |
AuthorI easily forgive someone but find it hard to forget their actions against me. Aina Shafira
|