Apakah yang dimaksudkan dengan Pendidikan Khas? Pendidikan Khas merupakan satu program pengajaran yang direka bentuk khusus buat individu berkeperluan khas. Tujuan utama adalah untuk memberikan pendidikan yang setara buat golongan berkeperluan khas. Memetik matlamat The United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) yang berjuang dalam memastikan semua rakyat di seluruh dunia mendapat hak pendidikan. Oleh itu, individu berkperluan khas tidak diketepikan dalam mendapatkan peluang pendidikan. Definisi Pendidikan Khas. Menurut Hallahan & Kaufman (2000), Pendidiakan Khas ialah pengajaran yang direka bentuk untuk memenuhi keperluan istimewa kanak-kanak berkeperluan khas. Mansor (200) menjelaskan bahawa program Pendidikan Khas di Malaysia merupakan satu usaha yang berterusan untuk menggalakkan perkembangan optima seseorang sebagai seorang yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Oleh hal yang demikian jelaslah bahawa, Pendidikan Khas merupakan satu program pengajaran dan pembelajaran yang direka khsus bagi memenuhi keperluan perkembangan individu berkeperluan khas sejajar dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara.
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorI easily forgive someone but find it hard to forget their actions against me. Aina Shafira
|