Akibat pandemik covid 19, sekolah menjadi salah satu tempat penyebaran wabak tersebut. Memandang serius perkara ini, suatu langkah drastik telah diambil oleh kerajaan Malaysia dengan menutup semua institusi pendidikan demi mencegah penularan wabak tersebut. Kerajaan Malaysia telah menguatkuasakan PKP yang bermula dari 18 Mac hingga 31 Mac 2020 bagi PKP Fasa 1, PKP Fasa 2 bermula dari 1 hingga 14 April 2020, dilanjutkan ke PKP Fasa 3 bermula dari 15 hingga 28 April dan seterusnya PKP Fasa 4 bermula dari 29 April hingga 12 Mei.
Tahukan anda pelbagai cabaran terpaksa dihadapi oleh tenaga pengajar dan juga pelajar. Pendidikan secara maya telah menyebabkan ramai pelajar yang ketinggalan pelajaran akibat menghadapi masalah rangkaian internet, ketiadaan peranti dan persekitaran rumah yang tidak kondusif. Pelajar menghadapi pelbagai tekanan dan menyebabkan mereka gagal menumpukan perhatian semasa kelas berlangsung. Begitu juga dengan guru, ramai pelajar yang tidak pedulikan kelas mereka menyebabkan guru-guru berasa kecewa terhadap tindakan pelajar ini.
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorI easily forgive someone but find it hard to forget their actions against me. Aina Shafira
|