Masalah penglihatan merujuk kepada suatu keadan yang melibatkan kefungsian deria penglihatan. Berdasarkan penelitian, secara umumnya masalah penglihatan dikategorikan kepada dua iaitu buta dan rabun (berpenglihatan terhad). Definisi Masalah PenglihatanDari segi pendidikan, masalah penglihatan bermaksud sekumpulan kanak-kanak yang memerlukan perkhidmatan pendidikan khas kerana masalah penglihatan. Oleh itu, suatu reka bentuk pengajaran yang bersesuaian mengikut keperluan kanak-kanak ini perlu dioptimumkan bagi proses penyampaian ilmu kepada kanak-kanak ini. Kanak-kanak ini memerlukan kurikulum yang khusus dan kaedah pengajaran yang sesuai mengikut tahap keupayaan mereka. Tahap PenglihatanMenurut World Health Organization (WHO) seseorang yang dianggap mengalami kecacatan penglihatan apabila peglihatan mata yang lebih baik kurang daripada 3/60 setelah dibetulkan dengan sebarang alat yang terdapat pada masa kini seperti cermin mata dan sebagainya serta tahap medan penglihatan kurang dari 10 darjah pada kedua-dua belah mata.
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorI easily forgive someone but find it hard to forget their actions against me. Aina Shafira
|