Samuel Kirk (1963) mendefinisikan masalah pembelajaran sebagai kelewatan perkembangan dalam satu atau lebih daripada proses pertuturan, pembacaan, penulisan, pengiraan, atau mata pelajaran sekolah yang lain. Ianya bukanlah disebabkan oleh kerencatan mental, malasah sensori iaitu buta atau pekak atau faktor budaya dan persekitaran. Tetapi ianya lebih menjurus kepada masalah dalam perkembangan yang mengakibatkan kesukaran mendengar, bertutur, menulis, membuat keputusan atau menyelesaikan masalah matematik. Jawatankuasa Bersama Kebangsaan Bermasalah Pembelajaran (The National Joint Committee on Learning Disabilities,1988) merupakan sebuah organisasi professional yang mentakrifkan masalah pembelajaran dengan merujuk kepada satu kumpulan masalah yang pelbagai yang mengakibatkan kesukaran yang nyata dalam mendengar, bertutur, membaca, menulis, membuat keputusan atau menyelesaikan masalah matematik. Masalah ini berpunca daripada ketidakfungsian sistem saraf pusat, dan boleh berlaku pada bila-bila masa tanpa mengira tahap umur. Masalah mengawal tingkah laku, persepso dan interaksi sosial mungkin wujud seiiring dengan ketidakupayaan lain seperti masalah sensori, kerencatan mental atau gangguan emosi yang serius. Kementerian Pendidikan Malaysia (1995) memberi takrifan tentang masalah pembelajaran iaitu individu bermasalah pembelajaran sebagai pelajar yang telah dikenal pasti dan disahkan oleh pakar professional sebagai mengalami kekurangan yang mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka terdiri daripada kanak-kanak yang mempunyai keupayaan mental yang rendah dengan pengubahsuaian tingkah laku yang rendah. Masalah yang dialami dikategorikan mengikut tahap kefungsian berikut: - Kebolehan kognitif - Tingkah laku sosial - Penguasaan bahasa lisan dan pertuturan - Penguasaan membaca - Kemahiran matematik
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorI easily forgive someone but find it hard to forget their actions against me. Aina Shafira
|