Teori Perkembangan Psikososial EriksonPERINGKAT/USIA PERKEMBANGAN
PENGARUH PENTING Berdaya Tindak lwn Rasa Bersalah ( 2 atau 3 tahun-6 tahun) -Pembentukan kesedaran kendiri melalui identifikasi dengan ibu bapa dan kesedaran tentang tanggungjawab atas tindakan sendiri. -Kecekapan yang diperlukan ialah pembentukan kesedaran tentang daya usaha dan daya tinda.Namun demikian,masih wujud keinginan untuk mengekalkan keselesaan dan keselamatan yang diperoleh dengan menerima kawalan dan tanggungjawab daripada orang dewasa. -Ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan -Identifikasi 4. Rajin lwn Rendah Diri (6-11 tahun) -Pembentukan nilai kendiri yang kuat melalui interaksi dengan rakan sebaya. Sekolah dan guru -Pendidikan dan pembelajaran -Galakan Perkembangan yang dinyatakan di sini hanya merangkumi kanak-kanak pertengahan & kanak-kanak akhir. KONSEP TEORI PERSAHABATAN Robert Selman mengemukakan bahawa dalam perhubungan persahabatan kanak-kanak terdapat 3 tahap iaitu Tahap Pertama berlaku semasa kanak-kanak pra sekolah di mana sahabat dianggap sebagai kawan sepermainan sahaja. Biasanya sahabat yang menjadi teman adalah kawan yang tinggal berdekatan dengan rumah kanak-kanak tersebut. Pada tahap ini, persahabatn dieratkan lagi dengan perkongsian alat permainan dan kanak-kanak pada tahap ini tidak mementingkan nilai persahabatan. Tahap Kedua pula karakteristik pada permulaan persekolahan. Selman mengelarkan tahap ini sebagai “one way assistance”. Tahap ini berlaku kepada kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan 8 hingga 10 tahun. Kawan adalah sahabat setia yang boleh dipercayai dan diharap untuk membantu mereka pada bila-bila masa. Tahap Ketiga merupakan tahap yang membolehkan kanak-kanak akhir dan remaja awal mempunyai persahabatan yang dikenali oleh Selman sebagai “intimate and mutually shared relationship”. Pada tahap ini, kanak-kanak sudah meningkat remaja dan persahabatan yang dijalinkan lebih mendalam dan nilai persahabatan sudah mula difahami. Kepentingan persahabatan dalam perkembangan psikologi kanak-kanak dapat dilihat melalui 2 fungsi persahabatan iaitu Fungsi 1 ialah : PENEGUH KEPADA TINGKAH LAKU KANAK-KANAK. Sahabat dapat memberikan sokongan dan juga sahabat boleh menerima segala kebaikan dan keburukan diri kita. Fungsi yang ke 2 ialah MODEL SOSIAL KEPADA KANAK-KANAK. Kanak-kanak juga akan bertindak untuk melakukan tingkah laku yang juga dilakukan oleh sahabat mereka. Tingkah laku meniru model ini adalah boleh mendatangkan kesan yang positif dan juga negative kepada kanak-kanak. Disebabkan itulah, ibubapa berperanan untuk memastikan kanak-kanak berada dalam perkembangan sosial yang sihat. Menurut Sullivan, kanak-kanak juga akan mempunyai kawan rapat (chumship ) yang mana perhubungan ini membantu kanak-kanak daripada perasaan egosentrik. Sullivan berpandangan, mempunyai kawan rapat membolehkan kanak-kanak belajar untuk melihat sesuatu perkara daripada pandangan yang lain untuk memberikan kesan kepada kanak-kanak tersebut di mana kanak-kanak akan menanamkan sikap menitiberatkan perasaan orang lain. Banyak pendapat yang menyatakan bahawa persahabatan kanak-kanak sangat penting. Kawan-kawan membuktikan hubungan yang dijalinkan sesama mereka ( kalangan kanak-kanak ) di mana kawan yang bersedia untuk bermain dan sama-sama melibatkan diri dalam apa jua aktiviti. Antara cara membantu kanak-kanak rasa hebat tentang dirinya ialah memperlihatkan kasih sayang dengan cara memuji atas usaha yang dilakukan oleh kanak-kanak tersebut. Selain itu, keluarga boleh meluangkan masa bersama dengan cara melakukannya bersama-sama contohnya membaca buku atau pergi berjalan. Selain itu, menggalakkan anak-anak membincangkan apa yang dilakukannya di sekolah. Selain itu, kanak-kanak juga boleh diberikan tanggungjawab mengikut kemampuan kanak-kanak. Dalam pada itu, ibubapa juga perlulah memperihalkan tingkah laku yang baik dan sebaliknya. Islam sangat menjaga pergaulan antara lelaki dan wanita. Kanak-kanak harus didedahkan lebih awal mengenai hal ini sejak di peringkat tamyiz (peringkat sebelum baligh) lagi. Antara aspek yang sering ditekankan dalam ajaran Islam ialah adab memandang muhrim dan bukan muhrim. Aspek kedua yang harus dijelaskan kepada kanak-kanak ialah aspek penjagaan aurat. Batas-batas aurat lelaki dan perempuan mestilah diajari sejak awal lagi supaya apabila tiba usia baligh mudah untuk melenturkan anak-anak ini.
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorI easily forgive someone but find it hard to forget their actions against me. Aina Shafira
|