No. 1
About this blog
This blog is an educational blog for the purpose of Innovation and Technology in Teaching and Learning courses. In this course we are given the task to complete an eportfolio to develop skills in the use of technology, especially in education.
|
No. 2
About this course.
The Innovation and Technology in Teaching and Learning course aims to expose students to technology in education. This course also provides exposure to students on how to make the teaching and learning process more interesting.
|
TENTANG SAYASaya Nuratikayanah Binti Samsuddin, mesra dipanggil Yanaa kini menuntut ilmu dalam bidang Pendidikan Khas di Universiti Kebangsaan Malaysia. Saya merupakan anak ke 3 daripada 6 orang adik beradik. Dilahirkan pada 27 Julai 1999 di Hospital Semporna, Sabah. Saya memulakan pendidikan awal di Pra-sekolah Pegagau dan terus menyambung persekolah di Sekolah Kebangsaan Pegagau sehingga tamat darjah 6. Kemudian saya melanjutkan pendidikan di peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tagasan, Semporna Sabah sehingga tingkatan 5. Keputusan SPM tidak cemerlang tidak mematahkan semangat saya untuk terus berjuang demi mencapai impian menjadi seorang yang bergelar pendidik. Walaupun diselubungi rasa kecewa ketika tamat pengajian tingkatan 5 dengan keputusan berbekalkan 3A. Pada ketika itu, saya malu terhadap rakan-rakan lain yang menerima tawaran sambung pengajian manakla saya terpaksa merayu di Pusat Tingkatan 6, Sekolah Menengah Kebangsaan Tagasan untuk melanjutkan pengajian. Rayuan saya diterima. Bermula detik itu, semangat saya semakin membuak-buak untuk terus mengejar impian. Menjadi salah seorang pelajar cemerlang semasa tingkatan 6 merupakan hadiah buat kedua ibu bapa saya. Itulah detik yang sangat saya nanti-nantikan. Akhirnya kini, saya berjaya menempatkan diri saya sendiri di Universiti yang menjadi impian saya iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia.
|